Thursday, April 16, 2009

Masihkah Ada CinTa SeLePaS Kahwin??

Aku selalu terfikir mende ni dalam kepala otak aku….sehingga aku keletihan dan kering jiwa aku kerana cuba menghayatinya… terkadang aku sampai hampirrrr tak percaya dengan perkahwinan bahagia kerana terlalu banyak kisah yang menggerunkan yang berlaku di sekeliling… bila terbaca tentang satu artikel, barulah terjawab persoalan aku selama ini.. cube dari segi teori sajalah… tu pun aku dah bengkak mata memikirkan masa depan jika semua ini terjadi… kita hanya mampu merancang…

Nak kupas isu ni pun aku pun TAKleh nak cakap banyak sebab sekadar pengalaman org ..

Bercinta sesudah kahwin memang lebih selamat dari dosa.. dan tetapi mengapa ada jua yg kecundang? Mengekalkan cinta lebih sukar dari bercinta..Aku rasa kata2 tu ada benarnye…

Boleh dikatakan saban hari aku memikirkannya….perkahwinan tak sama dengan bercinta (sebelum berkahwin) kerana perkahwinan itu digalas dengan tanggungjawab… dan amanah.. matlamat hanya lah satu iaitu mencari redha Ilahi… malah ada hadis yang menyatakan Barangsiapa yang berkahwin maka dia telah menyempurnakan separuh agamanya …

Soalnya setelah berkahwin, mengapa cinta pun turut layu seiring dengan masa? ada yg mengatakan setelah berkahwin cinta itu bertukar kepada tanggungjawab…betul kah?

Ada pula yg setelah berkahwin beberapa tahun tidak timbul rasa cinta pada pasangan dan kehidupan yg dilalui hanya atas nama tanggungjawab sebagai ibu, isteri.. kerana hatinya telah hancur dengan sikap suami yg kurang peduli akan perasaannya dan melayannya dengan baik.

Kebahagiaan diukur pada rasa ketenangan menurut Pahrol juoi dal m bukunya Satu rasa Dua hati..Bahawa di dalam sebuah rumahtangga, kebahagiaan itu boleh diukur dengan tahap ketenangan yang dikecapi oleh suami dan isteri. Jika suami beroleh tenang tatkala pulang ke pangkuan isteri, juga isteri hilang tekanan dan kerunsingan hidup tatkala pulang ke pangkuan suami, maka adalah tenang di situ. Adalah bahagia.

Senario yg kita lihat hari ini.. ada pasangan yg bercinta sebelum berkahwin tetapi bercerai setelah beberapa tahun kahwin kerana tidak sefahaman lagi, curang dsb. Ada juga pasangan yang mengharapkan bercinta setelah kahwin, tetapi setelah berkahwin tidak bertemu cinta… malah tiada rasa cinta pada pasangan… seterusnya berlaku curang dengan pasangan apabila bertemu dengan ‘cinta’ yg diimpikan….dan selama ini hidupnya sekadar tanggungjawab tapi tanpa cinta…. persoalannya di manakah silapnya?

Ye betul,lelaki setelah berkahwin fikirannya tertumpu bagaimana nak cari duit lebih untuk sara keluarga, tampung perbelanjaan sekolah anak2 , bayar loan rumah dll. Tetapi AWAS!!! sekiranya kehidupan yang dilalui setiap hari dengan rutin yang membosankan.. pergi keje.. hantar anak sekolah… balik rumah amik anak dan makan… kemudian tengok tv dan tido… tiada gurau senda dan masa berkumpul bersama dengan keluarga…cepat2 cari formula untuk menyuburkan rasa cinta dalam hati.

Rasa cinta tidak dibajai ia akan layu… jadi yang tinggal adalah tanggungjawab… Aku yg belum kahwin ni pun pilu je rasa hati bile aku meletakkan aku di situasi itu…huhu… yelah… sape tak sedih jika suasana hambar…tiada lagi serinya….

Aku slalu membayangkan tersiksanya jiwa jika pasangan tidak memahami dan menyayangi kita.. ya.. cinta perlu dipupuk.. jika tak dibajai ia akan layu.. seringkali terdengar rungutan pasangan yang telah berkahwin tentang pasangan tidak mempedulikannya… tiada lagi bunga2 cinta sperti sebelum kahwin… masing2 kelu dan dingin.. kadang2 bercakap pun sebab layan anak…selebihnya masing 2 buat hal sendiri…menyedihkan bukan?

Di sebalik kesibukan mencari duit untuk menyara keluarga, hingga tak sedar mengabaikan isterinya… bukan tak cukup perlindungan dan kemewahan yg diberi… tetapi jiwa ketandusan kasih syg seorang yang bergelar suami!!!

Pelik bukan..kalo sebelum kahwin bukan main lagi beriya2 memikat si gadis untuk menyunting… tetapi apabila telah dapat , tidak dijaga dan dibelai dengan baik…Bukan nak sentiasa romantik… cume nak disayangi dan dihargai…tak susah pun nak pikat isteri..Berapa ramai lelaki yang melayan isteri nya seperti ‘ratu’ sebagaimana isterinya melayannya sebagai ‘raja’? Bukan ape..apa kedudukan isteri di mata suami?

Seringkali isteri meluahkan perasaan pada org lain , pada teman rapat, teman sekerja sebagai cara melepaskan tekanan… masalahnye bile ade lelaki lain yang menjadi pendengar setia luahan masalah dan mengambil kesempatan atas krisis rumahtangga yg melanda… sebab apa? sebab suami nya tidak ingin menjadi pendengar setia…

Lelaki pula melepaskan tekanan berbeza daripada perempuan… jika perempuan cenderung menceritakan dan meluahkan perasaannya.. lelaki pula cenderung untuk menyembunyikan perasaannya dan masalahnya.. malah ia akan mengasingkan diri dan perlu ruang untuk menenangkan diri… ada juga yang melarikan diri dari masalah dengan menyibukkan diri dengan aktiviti seperti bersukan, lepak dengan kawan2, memancing dsb…

Perempuan perlu belajar memberi ruang dan sokongan pada lelaki apabila dia tertekan…lelaki pula perlu belajar menjadi pendengar yg baik dan bagaimana menghargai isteri… penat lelahnya menguruskan rumah tangga… ni bukan tolong isteri buat keje umah, tapi berehat sambil menonton tv! nak pegang tangan jangan haraplah…dikata buang tabiat!

Apa kata sekali sekala pergi cuti berdua, beri hadiah dan ambil berat dengan bertanyakan tentang aktivinya pada hari itu… menolong melakukan keje rumah, selalu membelainya dah menggembirakan HATI nya…. layan dia seperti permaisuri hati bukan seperti org gaji! Jika laki tu menghormati perempuan yg bernama isteri, dia akan melayan isteri bak permaisuri… dan menghargai pengorbanan isteri dan tidak membebankannya. Sebab Hawa tu asalnye dari tulang rusuk Adam, penghibur dan pembantu sayap kiri suami… Tunjukkan dari segi perbuatan dan perkataan yg anda menghargai apa yg dilakukannya.. Isteri mana yg tak gembira bila suami memuji masakannya… penampilannya… tu sume motivasi yg menaikkan moodnya.

Nak menggembirakan suami pula bagaimana? dengan menawan mata, perutnya dan layanan di tempat tido..

Begitu juga dengan suami, sekiranya ada perkara yang tidak puas hati dengan isteri jarang diluahkan dan dibincangkan bersama… takut terasa hati.. sedangkan semakin dipendam dan akhirnya menjadi kudis yang melarat…. mencari ‘pucuk muda’ untuk mengisi kekosongan hati..wajarkah isteri yang tidak diberitahu salahnya dihukum sedemikian rupa?

Ni memang mencari bala… silap2 ‘perang dunia’ !!! Isteri juga perlu belajar untuk memahami sifat lelaki yang sememang nye berbeza dari perempuan… tapi tak bermakna ia menjarakkan hubungan …sebaliknya ia saling melengkapi jika kita saling memahami dan bertoleransi.Perempuan memandang masalah setiap masalah itu adalah masalah tak kira besar atau kecik… sebab itu pemikiran perempuan selalu dipenuhi dengan pelbagai perkara.. dan bercakap adalah salah satu cara untuk melepaskan apa yg difikirkan…

Kebanyakkan keretakan rumah tangga berpunca daripada perkara yg kecil dan menimbulkan rasa sakit hati yang dipendam menjadi benci lalu lebih buruk apabila berlaku pengkhianatan cinta ekoran dari hubungan yg telah retak..Pengkhianatan cinta ini mengambil masa iaitu setelah tiada lagi ketenangan dan cinta lagi di dalam hati masing2…

Tu yang takut bile aku fikir pasal kahwin ni… bagaimana nak menghadapi cabaran rumahtangga? penyesuaian dengan pasangan… 5 tahun pertama perkahwinan memang tempoh untuk menguji keserasian… jika dalam 5 tahun ni tiada kesefahaman, bagaimana nak mengharungi bertahun2 lagi?

Perkahwinan tanpa tanggung jawab @ cinta =sengsara ! Cinta lepas kahwin betul2 menguji keimanan dan sejauh mana ketaqwaan kita padaNYA..rencah org berkahwin ada pasang surutnya.. tegakah aku menghadapinya? terpukul lak rase… lidah hanya pandai berkata…
Sebaik2 suami adalah yang paling lembut terhadap isterinya… yang menjadi pemimpin dan pelindung..


Sebaik2 isteri ialah yang membahagiakanmu apabila kamu memandangnya,
menjaga hartamu dan kehormatannya apabila kau tiada…


“Tanggung jawab yang disulam dengan cinta yg ikhlas mencetuskan semangat dan keinginan yg tinggi untuk melakukan yang terbaik buat keluarga serta mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan berbanding tanggungjawab sekadar melepaskan batuk di tangga..” pepatah yg aku reka…hehe…
"apabila air pasang,
cinta mengambil tempat,
apabila air surut tanggungjawab dan peranan mengambil tempat..”
komen dialu2kan

No comments:

Post a Comment